6.4.10

gua ngah layan

fuhh... bos takde..keje banyak..tapi gua buat2 tak endah... bak kate budak rumah gua " keje tak pernah abis, duit tak pernah cukup" dengan mate merah baru pas kene 'sayur'. Mungkin ade benar juga kata beliau...

bila nak pukul 5 ni..

3.4.10

old Trafford lah sangat...


hurmm... abg drogba.. wpon men tak smpi 30 min..tp setakat sebijik goal tu ... cam kacang tanah je.. banding ngan Berbatov tergolek2 mintak simpati undi sms...hahha..

Reaksi Ferguson : "lantoi! goal offside boleh la"...

Reaksi Ancelotti : "sikit2 nak salahkan ref... Rooney dlu goal offside time community shield tu da lupe?...huhuhu" goal Marcheda pon cam ade bantuan tangan skit"...

Reaksi Ref : " weh.. keputusan aku muktamad, tak puas hati ..hantar surat kat FAM!"

1.4.10

Kalau gua... Rev 1

Slalu kite dengar ayat berbunyi.. 'cerita KALAU bulan pon boleh pegi sekarang'

skang gua nak cerita KALAU GUA JADI PERDANA MENTERI..

kalau gua jadi perdana menteri,gua mesti menghadap agong dulu kene dapat watikah , pastu siaplah korang.

kalu gua jadi perdana menteri, gua akan betulkan sistem pendidikan Malaysia, pasal ape gua cakap camtu?. ade la sebabnya.. ' Datuk Seri nak tukar ape?' tanya suara-suara sinis.. Gua jawab tenang 'eh saya ade menteri pendidikan kan, ape gune die jadi menteri pendidikan kalu tak boleh pikir, makan gaji butalah macam tu!' tegas gua 'saya sebagai PM banyak lagi riben-riben nak kene potong, projek-projek pecah tanah dan rapat-rapat umum yang saya kene hadiri' tambah gua dengan bongkak

kalau gua jadi perdana menteri, gua akan kaji balik struktur sosial, gejala2 sosial seperti bapak buang anak, anak buang bapak, dera anak, dera bapak, dera suami, dera pembantu rumah ni semua berpunca dari struktur sosial kita yang salah, ' abis ape yang kita kene ubah?' soal setiausaha politik gua, gua jawab tenang gaya seorang lulusan universiti tempatan ' semua masalah ni berpunca dari sistem sosio ekonomi kita, terlalu mendesak!, manusia kalu terdesak, boleh bertindak di luar dugaan, dah! pegi panggil menteri kewangan, saya nak briefing pasal projek kolam ikan talapia terbesar di asia tenggara kat Perak tu' setiausaha politik gua terus gelabah cari nombor tipon kat dalam diari dia....

kalau gua jadi perdana menteri, gua buat sidang parlimen tiap-tiap hari, supaya rakyat nampak sikit gua keje, speaker dewan gua ganti dengan speaker 'american mohawk' baru nampak upgrade sikit, gua akan arahkan semua ahli parlimen minum neskape kaw kurang manis sebelom masuk dewan, supaya tak kantoi tertidur dalam parlimen, nanti rakyat cakap ape plak kan?

Kalau gua jadi perdana menteri, gua ambik bajet untuk F1 tuh gua akan bagi separuh untuk pembangunan bola sepak, separuh untuk sukan cub prix, nanti takdelah anak-anak muda terlalu mengagungkan Man UTd dan Rossi, kerana kita pon da boleh menghasilkan jaguh-jaguh setaraf dengan mereka,

Kalau gua jadi perdana menteri, gua nak hapuskan atau haramkan kelab penyokong Man Utd, baik tubuhkan kelab penyokong parti gua,

kalau gua jadi perdana menteri, gua hapuskan cukai jalan untuk motosikal, tak logik langsung motor kene cukai jalan, bukan motor yg buat jalan jadi jem, dan berlekuk, yang buat sumer tu lori-lori dan bas-bas, pergilah pau dorang.

Celakelah!, gaji tak kuar lagi ni, roadtax dah sbulan mati, kalu jumpe pakcik biru, mau sawan gua nak buat alasan..